Saturday 28 May 2011

MUTIARA DOA...doa selamat

"Segala pujian tertentu bagi Allah Pencipta dan Pentadbir seluruh alam semesta. Selawat dan sejahtera ke atas junjungan besar kami, nabi Muhammad s.a.w serta seluruh keluarga dan sahabat baginda."

:Ya Allah, ya Tuhan kami, sesungguhnya kami bermohon perlindungan dan pemeliharaan daripadamu terhadap agama kami, diri kami, keluarga kami, anak kami, harta benda kami dan segala kurniaan yang Engkau berikan kepada kami".

"Ya Allah, ya tuhan kami, tempatlah kami dan mereka semua di bawah naungan Engkau dan pemeliharaan Engkau daripada syaitan yang mengganas, penguasa yang menindas, orang yang berniat jahat kepada kami dan daripada segala kejahatan. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segalanya".

"Ya Allah, ya tuhan kami, perindahkanlah hidup kami dengan kesihatan dan kesejahteraan, keselamatan dan kebahagiaan. Kukuhkanlah hati kami dengan ketakwaan dan ketetapan hati. Hindarlah kami daripada perkara yang membawa penyesalan pada waktu ini dan pada masa akan datang. Sesungguhnya Engkau maha Mendengar lagi Maha Menerima doa".

"Ya Allah, ya tuhan kami, ampunnilah dan kasihanilah kami, ibu bapa kami, saudara kami, orang yang mengasihi kami,orang yang kami kasihi kerana Mu, orang yang berbuat baik kepada kami,orang yang perlu kami menunaikan sesuatu hak kepadanya dan kapada seluruh muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat dengan rahmat-Mu wahai Allah Yang Maha Mengasihani".

.........amin.....amin.....amin.......

No comments: